Tuesday 18 September 2012

Rawatan Aura - Menggunakan Perfum Auralife

Kaedah rawatan AURA adalah rawatan yg menggunakan perfum ber'Aura' dan telah disyifa'kan dengan zikrullah membantu membangkit gelombang/aura tenaga dalaman seseorang utk melawan penyakit (permasalahan) mereka.
Ianya tiada kesan sampingan...selamat...suci...
Mempunyai kelulusan dr JAKIM


Membantu Memulihkan Masalah, Seperti Berikut:
1. Kanak-Kanak Atau Anak Hyper , Degil , Nakal , Malas Belajar

Cara Menggunakannya :
Spray di telapak tangan ibu kemudian baca selawat ke atas Nabi SAW 3x gosok dibelakang cuping telinga anak-anak sambil lafazkan kata-kata terangsang serta nasihat yang ibu mahukan. Yakin , Tawakal , Sabar insya Allah mujarab.

2. Alergi Kulit/Gatal-Gatal
Cara Menggunakannya :
Spray di atas permukaan kulit yang gatal , gosok sambil selawat ke atas Nabi SAW 3x. Akan terasa pedih dalam 2 minit, Yakin , tawakal , sabar, Insyaallah.

3. Kulit Muka Berjerawat Dan Bernanah/Menyembuhkan Luka
Cara Menggunakannya :
Ambil facial cotton (kapas muka) lembabkan dengan air mineral atau zam-zam , spray aura perfume pada permukaan kapas itu tadi sambil baca selawat ke atas Nabi SAW 3x dan al-fatihah 7x disertai niat kemudian hembuskan pada permukaan kapas dan tekap-tekapkan di permukaan kulit yang berjerawat itu tadi.

4. Mengatasi Rasa Gemuruh

Cara Menggunakannya :
Spray ke nadi tangan kemudian baca selawat ke atas Nabi SAW 3x disertai niat dan gosok ke lutut kiri 3x. Buat cara ini selusuh , Insyaallah rasa gemuruh akan dapat diatasi. Yakin , Tawakal , Insya Allah Mujarab.

5. Menambahkan Seri Wajah
Cara Menggunakannya :
Spray ditelapak tangan dan baca selawat ke atas Nabi SAW 3x disertai niat kemudian tekap-tekapkan tangan ke bahagian muka mulai dari bahagian dagu kedahi dan seterusnya bahagian dada untuk melapangkan permasalahan. Insyaallah wajah anda akan berseri-seri dan tidak lesu. Insya Allah.

6. Membantu Mendamaikan Suasana Rumah
Cara Menggunakannya:
Spray 4 penjuru rumah dimulai dengan arah matahari terbit. Baca selawat ke atas Nabi SAW 3x disertai niat dan spray 1x setiap penjuru rumah ataupun bilik tidur. Insyaallah suasana rumah anda tenang dan tenteram Yakin dan tawakkal. Insya Allah.

7. Membantu Melariskan Perniagaan
Cara menggunakannya:
Kaedah 1: 

Spray 4 penjuru kedai dimulai dengan arah matahari terbit. Baca selawat
ke atas Nabi SAW 3x ayat seribu dinar 3x atau ayat kursi 3x disertai niat dan spray 1x setiap penjuru kedai. Yakin tawakal Insya Allah berhasil.
Kaedah 2 : 
Spray pada lampu garam baca selawat 3x disertai niat sahaja. Yakin,Tawakal. Insya Allah berhasil.

8. Aura selusuh untuk ibu mengandung.
(Membantu menstabilkan emosi,rasa letih dan sakit-sakit badan serta gangguan lain)
Cara menggunakannya:
Baca selawat ke atas Nabi SAW 3x sembur Auralife Perfume seperti minyak wangi biasa dan disertai niat kemudian spray ditelapak tangan. Baca selawat ke atas Nabi SAW 3x dan alfatihah 1x usapkan perlahan-lahan ke perut disertai niat untuk meringan,memudahkan ibu bersalin, menjauhi anak dari unsur negatif dan niat anak yang soleh/solehah, cantik dan cerdik. Apa jua niat ibu terhadap kandungannya. Yakin,Tawakal. Insya Allah ..Digalakkan para ibu memakan buah kurma selama 7 hari sebelum waktu melahirkan.

9. Mengatasi/Menolak Unsur Negatif Semasa Keluar Rumah
Cara menggunakannya :
Selawat ke atas Nabi SAW 3x dan bacalah 3 Qul sebanyak 3x kemudian niat. Spray Auralife Perfume seperti memakai minyak wangi biasa. INSYAALLAH.

10. Menghilangkan Rasa Sakit/Lenguh Tubuh Badan (Demam).
Cara menggunakannya:
Spray ke nadi tangan baca selawat ke atas Nabi SAW 3x dan Al-Fatihah 1x gosok dan buat urutan disertai bacaan "YARABBAL'ALAMIN". Insyaallah cepat sembuh

11. Membantu Menghilangkan Tabiat Merokok

Cara menggunakannya:
Spray di kawasan nadi tangan, baca selawat ke atas Nabi SAW 3x dan Al-Fatihah 1x disertai dengan niat dan raubkan tangan anda kemuka seperti mengambil wuduk 1x , Kemudian pakai aura perfume seperti memakai minyak wangi biasa . Yakin , Tawakal , Berkemahuan . Insya Allah....

12. Untuk Mencari Jodoh Belum Pernah Berkahwin

Cara menggunakannya:
Spray nadi tangan baca selawat ke atas Nabi SAW 3x dan bacalah

"SALAMUNQAULAMMIRROBBIRAHIM" 3x disertai niat supaya ditemukan jodoh yang sesuai seperti temunya jodoh Adam dan Hawa kemudian tekap2kan tangan kebahagian muka mulai dari bahagian dagu keatas , lakukan selepas solat subuh dan asar , kemudian pakailah Auralife Perfume seperti minyak wangi biasa . Niatlah apa yang perlu , Yakin , Berharap pada Allah . dan Tawakal . Insya Allah.....

13. Untuk menghilangkan stress/tekanan
Cara menggunakannya:
Sembur di nadi tangan, Selawat ke atas Nabi SAW 3x disertai niat untuk menghilangkan stress/tekanan dan digalakkan pengguna untuk menghidu seberapa kerap haruman ini dengan bacaan "BISMILLAH" 3x. Bertawakal , Insya Allah.

14. Untuk Lain-Lain Kegunaan
Cara menggunakannya:
Baca selawat ke atas Nabi SAW 3x disertai dengan niat. Kemudian spray Auralife Perfume seperti memakainya iaitu. selawat, niat sembur di nadi tangan,Yakin , Tawakal . Insya Allah...

15. Angin Ahmar
Cara menggunakanya:
Buat mandian Aura selama 7hari. (Rujuk Pada Agen)

16. Seri Pengantin Di Syor 7 Hari Membuat Mandian Seri Pengantin
Cara menggunakannya :
Sediakan 3 jenis bunga tanpa duri , ceraikan kelopak bunga sambil baca selawat
ke atas Nabi SAW 11x dan masukkan dalam air mandian. Spraykan Auralife Perfume dalam 'Bath Tub' . Niat untuk Aura yang baik dan lain-lain.


Moga Dengan Izin ALLAH SWT..... Kita Mendapat Keserasi Dan Kesembuhan....
Yakinlah ALLAH SWT MAHA MENYEMBUHKAN....
***** BAGI YANG BUKAN MUSLIM, AMALKAN PENGGUNAAN MENGIKUT KEPERCAYAAN MASING-MASING. YANG PALING PENTING KAEDAH ASAS PEMAKAIAN DAPAT DIIKUTI. ****

Monday 17 September 2012

Nak Kurus Tapi Mahal Lah......

Jom kita try set ni....ramai dah cuba, apakata mereka....'kopinya sedaplah....losyennyer panas,best dan slimming suit tu senang dan mudah dipakai.....terasa kemas'.
Harga pun berpatutan, dengan 3 produk anda hanya bayar RM100 tetapi tidak termasuk poslaju tau...klu poslaju hanya ditambahkan RM10 sahaja.
Bagi yg dah pernah mengandung dan bersalin, tentu agak sukar nak maintain slim. Lebih-lebih lagi bagi yang pernah menjalani pembedahan. Rata-rata kajian, memamg begitu termasuk diriku, badan susah utk turun tapi cukup hebat utk naik (gemukkkk....oh, tidakkkk).
Puas aku mencari produk-produk yg berkualiti tetapi tidak mahal...kini aku telah temui dan telah mencubanya...Syukur Alhamdulillah, ada jawapannyer.
Dek kerana itu, aku kongsikan produk ini utk semua wanita (tapi bukanlah free...). Anda amalkan minum Kopi Aura CEO ini sebelum makan dan sebelum tidur. Ia membantu anda berasa kenyang, so anda dapat mengawal kadar pemakanan anda.
Selain itu, pakailah slimming suit ini (siang malam pun boleh....ikut selesa anda) selalu beserta losyen 'Shaping & Beauty Lotion'. Kehangatannya bertahan selama 12jam, bg yg baru mencuba.....anda pakailah nipis-nipis dulu yea, tgk kadar ketahanan badan anda.
Dengan herba yg begitu banyak di dalam losyen ini, ia membantu mengurangkan kolestrol serta lemak, kadar penyerapan juga cepat, membantu pengaliran darah dengan baik....
Saya dulu kurang makan jamu, peranakkan mudah turun....almaklum dulu 1st baby twin, perut besar beb....Nak jadi ceritanya, anakku demam dan hanya mahukan aku....masa pi klinik, aku kena dukung dia baring atas katil...berat tau 20kg.
Mula-mula tak terasa apa-apa, tgh malam masa nak tidur terasa sakit sangat pinggang...nak pusing tak boleh...aduuuuuhhh....tak kan aku nak panggil bidan tengah-tengah malam kan. Hanya bertawakal pada ALLAH, aku sapukan losyen tadi dan dispraykan Perfum Jingga (mmg fungsi utk peranakkan). Dengan bismillah serta selawat ke atas Nabi Muhammad SAW 3kali, aku putarkan ke perutku sehingga peranakan sebanyak 7kali sambil berniat pada ALLAH agar sakitku reda. Lepas tu urut-urutlah skit, up kan peranakkan....then aku pakai girdle (utk kemaskan n naikkan bahagian perut).
Seingat aku, aku terjaga dalam pukul 3 pagi nak buat air....bagaikan tiada apa-apa, aku boleh bingkas bangun, badan terasa ringan dan peranakkan terasa sudah naik...Syukur padaMU Ya ALLAH....
Sejak itu aku pakai di seluruh bahagian berLEMAK...Alhamdulillah ada susutnya....
Slimming suit ini boleh membantu menaikkan peranakkan kerana cara memakainya dr bawah dan di sangkutkan pd bahagian bahu.
Anda cubalah, nnt anda tahu kesannya.....Ia juga membantu hubungan anda suami isteri.....

Sunday 16 September 2012

SECAWAN KOPI

Alkisah secawan kopi, siapa tahu ada sesuatu disebaliknya....Tiada siapa yg menduga,dengan secawan boleh dapat ketenangan....boleh dapat power(mcm power ranger...hahaha). Bila sebut kopi...tak maulah, tu minuman orang tualah....migrainlah dan mcm2. Tapi bagi yg penggemar kopi, its superb... Jika tetamulu datang bertandang ke rumah, aku sediakan kopi ini...almaklum kesian kat dia seharian bekerja pasti penat...Lepas minum,dia terus balik. Nak jadi cerita, selepas beberapa hari,dia datang bertanya 'akak, kopi aper akak bg saya minum aritu?' katanya. Saya bertanyer kembali 'kenapa?? awak pening ke?'. Hehehhe.....nak tahu kenapa, rupa-rupanya dia rasa bertenaga utk turun naik tangga rumahnya yg bertingkat-tingkat(4 tingkat jew...klu lebih,tentu dah ada lif kann...). Terus dia beli sekotak...2 kotak... Begitulah cerita tentang secawan Kopi Aura CEO...Selain itu, ada juga testimoni lain, dimana selepas minum kopi ini (panas-panas/suam) badan rasa ringan & ada yg terkentut-kentut....dan paling penting, mereka rasa kenyang,so dapatlah control skit masa makan. Keberkatan kopi ini, bila kita mulakan dengan bismillah & selawat ke atas Nabi SAW sebanyak 3x dan mengacau 7x mengikut putaran lawan jam (macam org tawaf Kaabah, memusing ke kiri...lebih berkat,insya allah)...tenaga serta auranya berganda. Kenapa???Kerana kopi ini telah diaurakan bersama kalimah2 ALLAH SWT. Insya allah.... Selain minum, anda boleh meletakkan bungkusan kopi ini di dalam poket...insya allah ia boleh membantu mengurangkan bebanan anda semasa mengangkat barang-barang berat. Anda boleh rasai apabila selesai, insya allah tiada rasa sakit dipinggang..