Monday 12 December 2011

Penyelamat Pertama Kecederaan di Rumah

Bukan senang menjadi surirumahtangga...kitalah isteri, ibu, penyelamat dan pelbagai lagi. Mendidik dan mengasuh anak2 juga bukan perkara enteng...kenakalan mereka kadangkala boleh mengundang kecederaan. Nak tahu apa yg ada dlm kotak keselamatan saya...semua peralatan ini saya guna dan alhamdulillah, ia amat membantu..(dr pengalaman kita belajar sesuatu)...

Anak kembar saya ni cukup kreatif dan agresif, sering ingin mencuba sesuatu. Suatu hari, saya tgh sidai kain di laman rumah, si kembar duduk bermain bersama dilaman. Tiba2...berdentum bunyi motor belakang saya jatuh....Ya Allah...Mengigil kaki saya, bila lihat si kembar tersepit antara motor dan kereta...Saya menjerit tp suara agak tersekat, saya gagahkan juga utk mengangkat motor dan menyuruh anak2 saya kuar dr situ..Seorg dr mereka cedera di hidung, biru dan nampak bengkak....Kebetulan hubby saya outstation, saya call kakak utk membantu...saya disuruh sapukan Minyak Herba Berubat Nona Roguy dan bg makan Spirulina Elken.

Bayangkan hati seorg ibu bila melihat anak2 sedemikian...saya amat takut klu ada cedera dalaman. Saya call hubby sambil menangis. Nasib baik hubby bekerja bawah Bulan Sabit Merah Malaysia, dia menghubungi ibupejabat mtk khidmat ambulans. Beberapa minit, ambulans pun sampai...kami pergi ke hospital yg dekat.

Sepanjang duduk menunggu rawatan yg agak slow masa tu, hati saya jd gundah gulana, kawan hubby (paramedik BSMM) tu temankan saya sehingga ahli keluarga saya yg di shah alam dan cheras datang menemankan saya. Hampir 1-2jam menunggu rawatan saringan n doktor. tp alhamdulillah dlm waktu itu saya perhatikan, anak kembar saya masih aktif bermain mcm mereka xde apa2...biru dihidung juga hilang....

Bila berjumpa doktor, doktor kata ia tiada kecederaan dalaman tetapi harus buat pemerhatian selama 24jam, bimbang ada kecederaan yg kita terlepas pandang...(Maaf, kedua2 produk td saya xde gambar...)

Hingga kini saya masih amalkan pengambilan produk tu, cuma ada yg saya tambah iaitu Air Minuman ECPI bila mereka kena cirit birit dan demam. Anak2 ni mudah panas badan secara tiba-tiba. Biasa petua org tua, air beras campur asam jawa dan sirih...Klu tgh malam, mcm mn nak cari...Kini saya hanya gunakan Air Minuman ECPI utk basahkan badan dan kepala. ALhamdulillah beransur sembuh.

Klu mereka jatuh, mereka selalu tak nak disapukan minyak tetapi dengan Minyak Jerslin Oil, mereka amat menyukai kerana ia xpedih dan wangi selain cepat menyembuhkan luka.

Siap sediakanlah keluarga anda dengan produk2 terbaik demi mereka yg tersayang.

Air Minuman ECPI

Minyak Jerslin Oil

No comments:

Post a Comment